Saturday, 6 April 2013

My last Entri Kot..

Assalamualaikum...


Next week..UP Blog baru...


Blog ni akan dikebumikan...

FB yang ada..just for game...aje..


UP FB baru..untuk orng-orang tersayang sahaje...hehehehe


happy weekend !!!

My last Entri Kot..

Assalamualaikum...


Next week..UP Blog baru...


Blog ni akan dikebumikan...

FB yang ada..just for game...aje..


UP FB baru..untuk orng-orang tersayang sahaje...hehehehe


happy weekend !!!

Friday, 5 April 2013

Perhaps bukan last entri

Assalamualaikum wbt...


Lama tak update blog, bukan sebab malas atau tak ada idea..

Tapi mood sentap.. SENTAP sebab Email yahoo aku kena blocked!!, puas .then tanya soalan where i meet my pasangan?..itu soalan create time 2009! puas aku buh jawapan..tapi gampanglicious la..fail je !!

Kendian, bila semua jawapan salah..maknanya anda gagal memasuki email andalah kan. suh aku sent confirmation kat 2nd email, yang tu emailnya tinxx@hotmail.com? who? sapa pulak tu?Bila update using code Henpon..takdepun..semua pun tak boleh..apapun.!!

Jadi, aku rasa macam bengang,samada email aku kena hack. hahaha, leh caya ke kena hack?kalau iku ranking popular,aku popular sikit je dari kucing aku mok-mok je pun.email aku tu, aku guna untuk kerja, FB, blogg ni..maybank2u, macam-macam lah..jadi agak sayanglah, sebab ada banyak lagi yang aku join n register apap-apa guna email itu.

Oleh itu, aku nak tutp jerlah, email itu, bermakna, apap-apa yang berkaitan akan aku tutup jugak..termasuk blog ini,FB aku,aduihh banyak kerja aku nantu nak mula balik.ker ada sapa-sapa ada idea..nak tolong, kepada sesiapa yang boleh tolong, bagitau lah yer..kesian kat aku.


itu ajelah, nak tulis banyak-banyak..macam takde ati je, sedap lagi ati ayam goreng yang banyak kolesterol tu.

sekian, terima kasih.


pertolongan anda amatlah diharap-harapkan..jangan biarkan aku putus harapan..



Thursday, 21 March 2013

Entri Khas Untuk Amar Iskandar

Assalamualaikum...


Ok, episod sedih aku belum habis lagi, namun berita yang dibawa oleh Amar Iskandar ini amatlah memberi kegembiraan sehingga tertumpahnya air mata ku ini.

Amar Iskandar, anak sedara yang sulung. Tadi baru ambik SPM.Dari pagi aku suh pergi takmau..geram rasanya..

So tadi aku Call, Dia bagitau 5A 5B..wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh bangga

Dia mula bersekolah ketika tingkatan 1. dia takpernah masuk PRA sekolah darjah 1-6 pun tak pernah.
dan dia kelas Science dan dia A untuk subject Addmath dan math wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.

haruslah ada mak sedara interperem kan...
hensem kan anak sedara aku, berminat, sila interview dengan aku dulu.hehehee


TAHNIAH AMAR ISKANDAR,
MAK SU SAYANG KETAT-KETAT!!!

Monday, 18 March 2013

Mak maafkan AKU

hi,

Masa aku up entri ini, aku baru lepas telepon mak aku. patutlah sehari dua ni aku rindu sangat kat mak aku.rupa-rupanya ada kisah sedih yang tersembunyi.

Hari ini, lepas habis waktu kerja,aku terus call mak aku, Mak aku dah hampir sebulan sakit lutut. Biasalah orang tua kan, minyak griss kat lutut dah kering.Aku kerap juga telepon, namun apa boleh buat..Aku duk di Kedah, mak aku dudk kat pahang.

Sejak Arwah ayah takde,banyak benda dah berubah.Tadi aku tanya mak, lutut ok tak? Mak aku kata ada kuranglah. Tapi hati mana yang senang bila tahu mak sendiri sakit kan.kat rumah tu hanya ada anak-anak kakak (cucu mak), Abang aku hanya datang untuk bukak bengkel (bengkel motor,buat kat rumah mak aku).Abang aku dah beli rumah, rumah itu pun duit mak aku.Bila malam dia balik rumah dia duk dengan bini dia.

Masa emak sihat takpelah , emak aku umur dah 67 tahun. Ko bayangkan, umur macam tu.kudrat pun kuranglah kan.masa mak aku sakit lutut, Menantu dia..Bini abang aku.Tak tolong langsung !!!! kot la nak sapu minyak, ambik berat.Mak aku sakit-sakit masak untuk cucu dia .Bayamgkan !!! rumah bukan jauh pun.Mak aku menagis-nangis tahan sakit masak. Pedih tak hati ???Mak aku memang pesen simpan je.

Banyak mak aku beri kat menantu dia,Sampaikan dia memberi lebih dari beri kepada aku dan kakak.kakak aku kerja, lagipun dia pun Janda ..Suami dia meninggal,Dia perlu kerja untuk tampung anak dan persekolahan.Tergamak kakak Ipar aku kan..Dan paling sedih Abang aku BUTA perut ke?sekurang-kurangnya..ringankan kerja mak aku.Ya Allah, kalau aku boleh terbang,psti aku dah sampai kat mak.

Susahkan, Kenapa kak Ipar aku tu bersikap macam tu?kalau aku tegur abang aku, pasti akan mnyusahkan mak aku.Sebab Abang aku je yang duduk dekat dengan Mak.Tapi.......

Mak, Ampun kan anak mu, Bila mak sakit, anak mu ini tiada di sisi, Aku tekadkan diri, Rancang akgar aku dapat balik dalam tempoh terdekat.Aku nak lihat dengan mata aku sendiri.Sedih bagi aku..entah kenapa..sukar nak nyatakan perasaan ini. Rindu dekat Mak... Ya Allah, selamatkan Ibuku, berikan kesihatan yang baik untuk ibuku, jauhi dari perzara yang menzalimi dia.

I need someone to talk.


can't breathe now...


Nikmat Kawen

Assalamualaikum...


wah..wah,...tajuk kemain hebat, sejak-sejak dah berani up entri 18sx ni ..kemain ketagih nak cerita kenn..

Baiklah, kali ini bukan nak cerita pasal 18sx, tajuk je gempak..Aku nak cerita nikmat kawen, supaya ramai bujangan di luar sana tau, siyokkkknyer kawen..selain tuttt itu ok.Opsss part tuttt tu aku tak kan cerita sebab aku malu..

Meh, aku nak cerita nikmat kawen yang aku tak sedar, selain dari aku ada tukang basuh pinggan.iaitu my hasben.hahahaaha..jangan salah faham, memang dia suka basuh pinggan.kalau aku nak basuh dia bising, dia rela aku tergolek-golek hippo depan tv. hahahahaha..

Ok, itu bukan "main" entri ini, yang aku nak cerita adalah. Masalah aku,setelah duduk di kulim ini. Masalah nak gunting rambut.Dulu kat kampung, ada saloon yang hanya untuk wanita sahaja..bukan unisex. jadi aku tak perlu risau, segan, malu bagai.

Namun, bila tiba di kulim, sangat-sangat puas mencari kedai gunting rambut yang untuk kaum wanita sahaja.memang tak jumpa.Aku cari kedai yang tukang guntingnya melayu.Ok..rasa agak elamat jugak pada mulanya, Jenguk..ok..semua perempuan..takde lelaki.sampai turn..tetiba ada lelaki duk sebelah nak gunting rambut..waktu budak pompuan gunting rambut tu..tengah repair-repair rambut aku..uuwaaaaaa....!!!!!!!!!

Kendian, aku carilah kedai yang orang tak pi gunting,maksud aku kedai tak berapa nak laku.tak kisahlah dia gunting buruk pun..Sekali masuk,..kedai chinese, errmm ok ajelah sebab takde lelaki.lepas siap..ok..lega..walaupun... tak cun..tak kisah.

Tak lama tu, aku pi lagi..kejadian yang sama..tengah-tengah gunting..jejantan lelaki-lelaki gagah masuk..ammma...!!Sehinggalah, aku fed up nak gunting rambut, biar je panjang mengurai..kalau macam fazura ke..maya karin ke ok..ni macam kak ponti je.Last-last..

" U... I nak gunting rambut..tapi kedai tu,..jantans..bla..bla..cina..bla..bla..lelaki..bla..bla..tak lawa..bla..bla..takpe.."

"OK, jom i potong, tapi tak la lawa, tapi I try"

Solution !!! kenapa aku tak terfikir.. I kan ada laki, Ok apa!!.tak lawa pun takpe..atleast, aurat terjaga,dan boleh bagitau kehendak lagi..ha.ha.ha.... jadi bermula dari itu, hingga kini, rambut ku di trim dan hairstylist aku hanya my hasben.. mula-mula potong macam sungkop tempurung, lelama dah ada skill, layers la, ekor la..paling terkini hairstyle dia adalah begini

lebih kurang, sebab aku tak dapat cari yang betul-betul.tapi jadilah sikit-sikit,part depan lebih kurang belakang tak berapa nak jadi sebab.tool tak cukup..next aku nak suh laki aku buat macam ni plak..

hahahhaa...taste melampau..kuang..kuang..walau apapun, Nikmat kawen ni,bukan sekadar di atas katil sahaja..ini pun di kira nikmat,sebab jimat duit potong rambut Rm15.00 , dan aurat ku terjaga dan terbela..ok..aku dah..anda bagaimana *nampak sangat tak sesuai ayant ni kan..jangan tampo aku*

 

Saturday, 16 March 2013

Seks !!

Assalamualaikum...


err..emmm...aku sebenarnya,pada mulanya enggan buat entri ini.Lagipun Blog aku bukanlah berkisarkan seks life atau yang berkaitan.Aku malu.Tapi inilah kenyataanya.

Jika seks bagi pasangan suami isteri ..emmm.."kewajipan" ke? Aku pun tak pasti, walaupun dah kawen dasarnya pun..hehehe, sebenarnya aku malu nak cerita.Tapi ini untuk perkongsian bersama.

Baik yang belum kawen, takpayahlah nak imagine ke arah itu atau search prono website yer..tidak bagus untuk kesihatan mata,minda dan akal.Bila tiba masanya nanti..biarlah anda terkejut di situ hehehehe.

Seks sering dikaitan dengan nikmat hidup.Baik , mari aku cerita main entri ini.Hari ini aku breakfast ala-ala matsallih, sebab aku teringin nak makan ..lama dah nak Breakfast MCd je pun.Sambil-sambil tu,aku online la..kan dah ada lappy sendiri. :)

Belakang kerusi aku, ada 2 orang wanita, Cun..Body bergetah.masing-masing bawak anak,dan berambus main permainan kat  taman tema mcd :P.

Jarak antara kami taklah jauh mana, sebab aku Gumuk..haruslah keluasan kerusi itu kebelakang kan? ..sobs..

Bila belakang,jadi dekatlah jugak dengan 2 orang wanita tu.Aku bukan sengaja nak dengar atau curi dengar, tapi mereka berbual agak kuat.lagipun kat area tu, cuma kami sahaja.(area luar,bukan dlm restaurant).

perbualan yang aku ingat sehingga kini.

" Aku tak puas main dengan laki aku sekarang,cepat sangat p****t."
"dah takde style dah.bosan"

err...ya, aku dah kawen.sometimes make love ni,kalau takde gaya,bosan..oppssss, hahahahaha..kenyataan ini hanya untuk warga yang berkahwin sahaja ya. hehehehe. Tapi tak kan sampai cerita kat orang !. Sepatutnya, dia bincang dengan suami dia.Apa yang dia nak atau tidak."sepatutnyabegitu"

Dialog yang paling HELL dari kawan dia.

" U pasang lagi satu,senyap-senyap sudah,janji u puas"

HAH!!!! setan punya kawan.!!!
mesti kawan dia tu ada pasang lagi lsatu tu...Curang! Zina! Dosa!..tiga DOS sekali dapat.salah-salah dapat penyakit.!! grrrrr... mereka islam yer,lupa nak bagitau.

Lagi satu ayat dia, yang aku takleh Blah sangat..

" I tengok Video je sekarang,then buat sendiri,lagi puas".

Maksudnyer, Masturbation la ken..oohh..sadisnyer,gersang sangat ke? rupa cantik, mesti kaya, aku rasa dia naik BMW yang park kat bwh pokok tu.Maybe dia bukan orang kulim.sebab takde slang utara langsung.Ayoyo...

Ikutkan hati, nak bagi tazkirah,atau daftarkan dia kelas fardu ain.tapi siapalah aku, kang dia hampok aku dengan kasut tumit tinggi dia..mau tembus kepala.Bukan takut mati.Cuma, aku sendiri pun masih mencari ilmu.

Memang benar,kata sesetengah orang, Ilmu senang di cari, Namun kekuatan dan memperkukuhkan Iman untuk menjadi tunggak diri adalah susah. Jika /kuat/tiada iman, nafsu menguasi diri,terjadilah senario di atas.sangat-sangat ngeri. Aku pun masing mencari jawapan yang tepat, Apa hukum masturbation dalam islam?nampaknya kena cari ni.

berbalik kepada 2 wanita cantik itu, aku rasa mereka adalah manusia yang dalam kerugian.Hidup bukan untuk Seks semata-mata, banyak lagi kenikmatan.Kenikmatan bukan sahaja ada pada "Seks" sahaja.

haish, nak cerita lagi pun malu.aishhh..aishhh..wanita-wanita...itu, sedarlah, aku malu dengar.banyak lagi yang aku dengar, tapi malu untuk ceritakan, seolah-olah aku memalukan kaum aku sendiri.

Oleh itu, wahai kaum wanita, isteri, jika ada masalah dalaman seperti itu, berbincanglah dengan suami anda sahaja.Maruah suami harus kita jaga,tutuplah aib suami mu dari khalayak.

Dan kaum lelaki,suami , kenalpastilah isteri anda.berbincanglah dan bersikap terbuka dalam isu ini.maruah isteri anda adalah rahsia anda.

cerita banyak pun tak guna, aku rasa aku dan suami juga perlu berbincang, agar perasaan kami tiada ketidakpuasan hati.mana tahu, aku ok..dia tidak, namun demi menjaga hati di diamkan sahaja.

maaf entri ini, agak keterlaluan, sebenarnya aku malu, dari pukul 10 am aku type..pukul 1.30 baru aku dapat publish.type, padam..aishhh...

jika rasa tidak suka atau apa sahaja, aku mohon maaf.


terima kasih sudi baca.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...